MayaniaK



pukul 5 pagi , azan tak dengar lagi
lihat di kalendar , 21 desember
laptop masih berfungsi , kipas masih berputar
mayan lu memang langsi , pembelit kaki autar

aku bukan angkuh , bukan tidak percaya
Kiamat pasti jatuh , yang itu bukan dusta
syukur kepada Allah , masih diberi nyawa
segala aku berserah , harap cuma pada Nya


kiamat pasti datang , mati pasti mari
Soleh pasti menang , kufur tempiaran lari
petanda dah terang , tinggal berapa lagi
siap sedialah korang , kuatkan iman di hati

aku memang tak kuat , kerap saja membangsat
cakap ku memang ligat , bukan semua terbuat
maka aku mencatat , segala yang tersirat
madah ku penasihat , agar tak jauh sesat

Serigala Biri

ini cerita kena tak kena
kalau tak kena , jangan terleka
hampir terkena , berjaga-jaga
serigala gila , memburu mangsa

serigala rakus , tersenyum gigi
dalam kulit si biri jasadnya bersembunyi
tajam matanya jeling ke kanan ke kiri
kambing kudus , yang mulus , mangsa terkini

bijak serigala hilangkan jejak
bergaul galak , mengatur rentak

Jernih


yang jernih sukar diperolih
boleh dilatih dengan kasih

asal hati berjiwa abdi
kepada illahi zuhud memuji

sang pencari kebenaran suci
pasti diuji mainan duniawi

ketika dilanda kuatkan jiwa
gandakan usaha tawakal kepada Nya

maka kelam pasti jernih
jika hitam dicuci bersih

yang jernih pasti diperolih
dengan gigih dengan solih

Gua Serdang Highway


mata sudah bukak
tapi kasut dalam kotak
langsung tak pernah gerak
teperuk hidup macam katak
sampai masa nanti lanyak
maka henti cakap banyak
baik mula bertindak
pakai akal dalam otak
buang perangai kanak-kanak
mesti fikir macam bapak
masa depan jadi pasak
baru kuat berdiri tegak
ribut badai sikit tak cuak



akar

pokok yang tegar
sumbernya akar
kuat pegangan akar
tegap langit dicakar

akar baik dek baja
gemburan tauhid esa
hilangnya segala gusar
melawan fana tiada gentar

kuat akar kuat pokoknya
kuat jiwa kuat amalannya
kuat dahan sedap buahnya
kuat roh manis imannya

kuatkan akarmu sayang
pantas meneraju mustaqim
elak jadi bayang-bayang
ikut tunjuk syaiton nirojim

cukuplah Allah untuk ku
cukuplah Allah untuk mu
cukuplah Allah untuk keluarga
cukuplah Allah untuk kita

Gurindam Berlagu Si Penyangak Tarbus

budak hingus
kau penyangak tarbus
sial dalaman,penampilan bagus
perwatakan suci, nafsu berakus-rakus

fikir lain buat lain
hidup bagai main-main
bajet kau mahir sains
tapi otak kosong sangat plain

dulu kau hebat,sangat kuat
kini cakap lebat,macam bangsat
kau buat buat-buat
buat dosa memang ligat

Sayang Kepada Aku

Aku Sayang Pada Kamu
Tapi Sayangku Tidak Sekuat Sayang Dari Yang Satu
Kerna Sayang Ku Tidak Tentu
Kadang Baik Kala Bernafsu
Maka Jangan Harap Sayang Dari Aku
Syukurilah Sayang Dari Tuhan Yang Satu

Sayang Kau Pada Aku
Memang Aku Tertunggu-tunggu
Mengharap Dibalas Budiku
Bukannya Aku Seorang Pengampu
Teringin Kasih Selain Darahku
Apakah Benar Penantian Aku

Wahai Engkau Sang Pujangga
Itu Lumrah Jiwa Sang Manusia
Teringin Kasih Dari Semua
Kerana Dinginnya Rasa Ketika
Sayangnya Semua Itu Sementara
Pastikan Hilang Satu Masa

Hoi Engkau

Hoi Engkau
mana rasional kau
mereka engkau bungakan, dia kau kasi pisau
darah mereka beza, yang sedarah engkau santau
dialah yang bersama dan dia yang kau pulau
mana datang hati perut otak genius engkau

Hoi Engkau
apesal kau berang bila kait dengan dia
kau dan dia serupa saja tiada beza
banyak salah silap dan juga banyak dosa
kenapa anggap macam kau saja ahli syurga
ikut cara nabi , pasti akan berjaya
ikut cara sendiri , setan hasut masuk neraka

Hoi Engkau
siapa engkau nak hukum dia
engkau bukan Tuhan yang punyai kuasa
baik kau duduk diam, selawat istighfar
dari kau cakap-cakap ikut sedap kepala
dosa dah bertimbun, tinggi dari menara
cepat sedar bertaubat,moga Allah terima

Hoi Engkau
nukilan ini bukan nak tunjuk lagak
hanya untuk engkau berfikir gunakan otak
jangan asyik nak berang,nak bentak,nak tetak
padahal dia yang tolong engkau ketika rabak
bawak tenang,selawat! ke atas Muhammad
moga kekal selamat hingga ke akhirat