Sayang Kepada Aku

Aku Sayang Pada Kamu
Tapi Sayangku Tidak Sekuat Sayang Dari Yang Satu
Kerna Sayang Ku Tidak Tentu
Kadang Baik Kala Bernafsu
Maka Jangan Harap Sayang Dari Aku
Syukurilah Sayang Dari Tuhan Yang Satu

Sayang Kau Pada Aku
Memang Aku Tertunggu-tunggu
Mengharap Dibalas Budiku
Bukannya Aku Seorang Pengampu
Teringin Kasih Selain Darahku
Apakah Benar Penantian Aku

Wahai Engkau Sang Pujangga
Itu Lumrah Jiwa Sang Manusia
Teringin Kasih Dari Semua
Kerana Dinginnya Rasa Ketika
Sayangnya Semua Itu Sementara
Pastikan Hilang Satu Masa

Hoi Engkau

Hoi Engkau
mana rasional kau
mereka engkau bungakan, dia kau kasi pisau
darah mereka beza, yang sedarah engkau santau
dialah yang bersama dan dia yang kau pulau
mana datang hati perut otak genius engkau

Hoi Engkau
apesal kau berang bila kait dengan dia
kau dan dia serupa saja tiada beza
banyak salah silap dan juga banyak dosa
kenapa anggap macam kau saja ahli syurga
ikut cara nabi , pasti akan berjaya
ikut cara sendiri , setan hasut masuk neraka

Hoi Engkau
siapa engkau nak hukum dia
engkau bukan Tuhan yang punyai kuasa
baik kau duduk diam, selawat istighfar
dari kau cakap-cakap ikut sedap kepala
dosa dah bertimbun, tinggi dari menara
cepat sedar bertaubat,moga Allah terima

Hoi Engkau
nukilan ini bukan nak tunjuk lagak
hanya untuk engkau berfikir gunakan otak
jangan asyik nak berang,nak bentak,nak tetak
padahal dia yang tolong engkau ketika rabak
bawak tenang,selawat! ke atas Muhammad
moga kekal selamat hingga ke akhirat