Sayang Kepada Aku

Aku Sayang Pada Kamu
Tapi Sayangku Tidak Sekuat Sayang Dari Yang Satu
Kerna Sayang Ku Tidak Tentu
Kadang Baik Kala Bernafsu
Maka Jangan Harap Sayang Dari Aku
Syukurilah Sayang Dari Tuhan Yang Satu

Sayang Kau Pada Aku
Memang Aku Tertunggu-tunggu
Mengharap Dibalas Budiku
Bukannya Aku Seorang Pengampu
Teringin Kasih Selain Darahku
Apakah Benar Penantian Aku

Wahai Engkau Sang Pujangga
Itu Lumrah Jiwa Sang Manusia
Teringin Kasih Dari Semua
Kerana Dinginnya Rasa Ketika
Sayangnya Semua Itu Sementara
Pastikan Hilang Satu Masa



Jadi Engkau Sang Pujangga
Hentilah Harap Kasih Manusia
Mereka,Engkau Sama Saja Lemahnya
Nak Kekalkan Sesuatu Tiada Daya
Sememangnya Makhluk Tiada Kuasa
Segala Sesuatu Atas Izin Dan Kuasa Nya

Lantas Engkau Pujangga Muda
Harap Cuma Pada Allah Azza Wajalla
Dialah Maha Pengasih Maha Penyayang
Pemilik Alam Yang Luas Terbentang
Syukurilah Segala Nikmat Diberikan
Sayangi Nya Dengan Sentiasa Di Ingatan

Kepada Mereka Sayangkan Sepenuhnya
Kepada Allah Harapkan Segalanya
Kepada Muhammad, Selawat Keatasnya
Kepada Aku Sentiasa Berkira-kira
Yang Elok Amalkan Sentiasa
Yang Mungkar Jauhkan Darinya

Sipujangga Ini Madah Berjela-jela
Nda Mau Nama,Cuma Pahala Dari Kata

No comments:

Post a Comment