Adik aku suka sangat ini cerita Hunger Games. Bagi aku ini cerita macam nak 'bajet best' macam itu Twilight punya movie. So haritu aku tengok Hunger Games dengan adik aku yang perempuan ni di Fox Movie Astro, ( takda bajet nak tengok wayang, lagipun dah agak nanti keluar juga di ASTRO ), adik aku yang laki tak ambil port cerita macam gini.
Dah memang aku dah agak cerita ni suam-suam, nak kata busuk tak busuk, basi tak basi tapi... Cuba juga aku memahamkannya on the first attempt, dan apa yang boleh dikatakan cerita Hunger Games ni sikit beza dari movie lain namun kebanyakan parts typical saja.
Aku pasti ramai dah tonton ini movie.
Entepretasi Kod Tersirat Hunger Games
1. Secara tersirat yang boleh aku decode dalam Hunger Games ini adalah fenomena politikus kotor yang sedang berlangsung di dunia ni in this very moment.
Aku nampak dunia movie Hunger Games ni agak messed up. Boleh jadi sedang dalam dilema, pergolakkan dan pemberontakan rakyat terhadap pemerintah yang mengerah rakyat bekerja keras, sedangkan kebajikan rakyat tak dijaga rapi.
Harga barang pula tinggi dan bekalan keperluan tak mencukupi, rakyat tiada tempat bergantung melainkan ihsan pemerintah untuk memberi bantuan.
Pemerintahnya bersifat pentingkan harta, pangkat dan periuk nasi sendiri tanpa kisahkan orang lain. Hanya memberi bantuan jika kawasan atau negeri yang dibantu itu menghantar wakil untuk berentap dalam rancangan hiburan moden Hunger Games.
Rancangan Hunger Games ni tak lain nak melalaikan atau melarikan fokus rakyat terhadap kemaksiatan yang pemerintah sedang atau sudah buat.
( macam situasi rata-rata negara )
2. Sikit pun tak bangga dengan menghantar wakil tersebut kerana rakyat tahu pasti ada yang mati tapi apakan daya itu sahaja yang dapat dilakukan demi mendapat bantuan keperluan dari pemerintah. Jika tidak hantar pasti juga akan dipaksa.
Perasaan inferiority complex rakyat membendung mereka dari melawan kedurjanaan pemerintah. Pantas mereka hidup dalam kedaifan kerana takut dan tak sedar akan kekuatan atau kuasa rakyat.
Selama ini pemerintah bermaharajalela dan fikir tiada yang dapat melawan atau menjatuhkan mereka. Namun Kat Everdeen sang heroin telah mencetus fenomena semacam mencabar rancangan Hunger Games dengan kata mencabar perancangan pemerintah kerana melakukan sesuatu yang luar dari jangkaan mereka.
( yelah, pemerintah mengawal media dan media dibawah tapak kaki pemerintah )
3. Firstly, the moment Kat Everdeen panah arrow hampir tepat ke muka penaja dan pengurus Hunger Games. Maka pengurus terus react dengan mimik muka dan berkata dalam hati "macam kurang ajar je, macam nak challenge je!". Well Kat you got SWAG.!.
Fenomena ini banyak buat itu pemerintah pening dengan kerenah itu heroin. Mereka risau rakyat dapat cetusan idea untuk mogok dan memberontak terhadap apa yang pemerintah lakukan kepada mereka. Menjadikan Kat Everdeen ni bahaya kerana khuatir dijadikan tokoh atau idola pemberontakan macam Che Guevara.
Berdendamlah sang pemerintah kepada heroin dengan tahap kepanasan cacing dalam clorox sampai kasi pancung sama itu pengurus. Seterusnya dendam itu dilanjutkan pada siri Hunger Games yang kedua.
Al-kisah kerajaan pemerintah yang jahanam, yang tidak mahu rakyat bangkit melawan pemerintah dan sanggup melakukan apa saja demi meneruskan legasi walaupun dengan menakutkan dan memusnahkan sebarang anasir yang boleh menyebabkan kebangkitan rakyat..fuuuh.... ambil nafas..
Wrapping Up
I am preety sure Hunger Games, ramai yang tunggu sambungannya, by the way dah keluar dah pun. Ya mungkin bukan kerana mesej yang terkodak dalam cerita itu, tetapi lebih kepada sifat movie ni yang adventerous, heroin watak utama, cintan cintun dan pengikut novel Hunger Games itu sendiri.
Contohi persona Kat Everdeen dalam mengharung bala yang ditimpanya. Dia tak salahkan sesiapa walau dia tahu dia tidak bersalah dan hanya digunakan untuk kepentingan seseorang. Sebaliknya Kat Everdeen mengharungi setiap bala dengan positif, yakin dan tabah.
Dia merendah diri dan sentiasa mendengar pendapat tidak kira siapa. Baginya every thoughts count kerana ini soal hidup mati. Dalam arena, Kat Everdeen bersangka baik dan bersahabat dengan pesaing walau sedar hanya yang hidup sahaja menang. Sikap positif inilah yang melahirkan seorang pemenang.
Maka aku simpulkan, walau teruk mana sekalipun yang berlaku di luar sana, jangan cepat melenting dan mengalah. Muhasabah diri, minta nasihat, sentiasa positif dan jaga akhlak. Dibaling batu dibalas buah.
Sebagai Islam, ikutlah panduan dalam kitab Al Quran dan berpeganglah pada Sunnah Nabi.
Insyallah pasti dan pasti akan menang. Jika tidak di sini, akhirat sedia menanti.
Peace.









No comments:
Post a Comment